suria

Juruteknik terkejut tikus 'kenduri' dalam mesin ATM!

JURUTEKNIK yang tiba untuk membaiki sebuah mesin pengeluaran tunai yang tidak berfungsi terkejut apabila mereka membuka mesin tersebut.

Wang kertas bernilai lebih dari 1.2 juta rupee (RM701,26.70) telah hancur dan puncanya adalah tikus.

Dalam kejadian di Assam, India, itu, polis berkata tikus mungkin memasuki mesin melalui lubang untuk pendawaian, lapor Hindustan Times.

Gambar wang tunai yang digigit di cawangan Bank Negara India di daerah Tinsukia telah dikongsi secara meluas di Twitter.

Salah satu gambar menunjukkan bangkai tikus berada dalam serpihan duit kertas itu.

Pegawai polis Prakash Sonowal berkata mesin itu telah rosak selama kira-kira 12 hari, memetik Hindustan Times.

Juruteknik membuka unit itu mendapati wang kertas 2,000 dan 500 rupee telah hancur.

Bagaimanapun mereka berjaya menyelamatkan 1.7 juta rupee bakinya.

duit kertas, tikus, mesin ATM

Artikel Sebelum

Artikel Lain