PASUKAN England berharap mereka tidak akan 'bercukur kepala' apabila menentang Panama dalam perlawanan Piala Dunia pada Ahad. Ini kerana sebahagian pemain telah pun berbuat demikian. Jika ditanya apa yang mereka mahukan pada hujung minggu, jawapannya sudah pasti "tiga mata". Ia merujuk kepada tahap potongan bagi mesin cukur rambut. Seramai tiga tukang gunting diterbangkan khas ke Rusia bagi membuat persediaan rapai untuk gaya dan kemasan rambut para pemain. Kemudahan salon untuk pasukan England. Foto Simon Townley Terdapat satu 'salon' yang dibina khas dalam hotel yang didiami pasukan itu di Repino, dekat St Petersburg, dengan logo pasukan England pada pintu. Di dalam bilik khas tersebut mempunyai kerusi untuk pelanggan untuk gunting rambut, dua cermin besar, sinki dan sofa kecil untuk kemudahan setiap bintang menunggu giliran mereka. Salah seorang pendandan rambut, Simon Townley, yang mempunyai lebih 30 pemain bola sepak sebagai pelanggannya berkata, potongan rambut paling popular yang dikendaki mereka adalah 'fade'. "Saya juga pernah berada dalam kem England semasa Euro 2016 dan salon tersebut hanyalah sebuah bilik hotel. "Kali ini ia ternyata berbeza, sesuatu yang diimpikan. Ia menjadikan tugas kami lebih mudah," katanya. Simon (belakang) bersiap sedia untuk menggunting rambut pemain Gary Cahill. Foto Simon Townley Seorang lagi pendandan rambut, Justin Carr dari London, telah menggayakan rambut untuk pemain Dele Alli, Kyle Walker, Danny Welbeck, Kieran Trippier dan Jordan Henderson. Simon berkata: "Kami bertiga di sini, tetapi saya belum pernah bertemu dengan yang lain (pendandan rambut). "Kehadiran kami di sini bagus untuk para pemain. Mereka akan kelihatan menarik dan tenang, dan ia akan menjadikan mereka berasa lebih hebat," katanya. - Mirror UK