suria

Lelaki bogel akhirnya keluar pulau terpencil

Masafumi Nagasaki.

MASAFUMI Nagasaki, 82, sudah menghabiskan tiga dekad kehidupannya di Pulau Yeayama, sebuah pulau terpencil di Jepun.

Dia yang mengamalkan gaya hidup kuno, tidak pernah berbaju dan nekad untuk bersemadi di pulau itu.

Bagaimanapun Nagasaki dibawa keluar dari pulau itu sejak April lalu kerana keadaan kesihatannya yang merosot.

Malah, dia tidak dibenarkan kembali ke habitat asalnya di pulau itu.

Menurut Alvaro Carezo yang menghasilkan dokumentari Docataway, dia pernah bertemu dengan lelaki tua itu suatu ketika dahulu.

"Saya pernah menghabiskan lima hari bersama Masafumi di pulau itu. Dia tiba di pulau itu pada 1989 dan hidup tanpa telefon, mancis, air bersih atau pakaian.

"Dia memang hidup berbogel dan sudah lali dengan nyamuk serta taufan yang melanda pulau itu. Nelayan pun jarang singgah di sana," ujarnya.

Carezo banyak menghasilkan dokumentari mengenai pulau-pulau terpencil di dunia.

Menurut Alvaro lagi, lelaki tua itu mahu kembali ke pulau berkenaan tetapi dia tidak mampu berbuat demikian kerana keadaannya yang lemah.

Dia kini ditempatkan di sebuah rumah kerajaan di Ishigaki yang terletak kira-kira 60 kilometer dari Pulau Yeayama.

Sewaktu pertemuan itu, Masafumi mengakui bahawa pulau tersebut diibaratkan seperti syurga yang tidak wujud di tempat lain.

"Saya tak pernah rasa sedih di sini. Saya tak boleh hidup jika ada perasaan sedih. Tapi hidup di sini sangat realistik.

"Memilih tempat untuk menghembuskan nafas terakhir sangat penting dan saya sudah buat keputusan untuk mati di sini," kata Masafumi kepada Alvaro.

Masafumi Nagasaki, Jepun

Artikel Berikut

Artikel Lain