MAYAT seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa dibunuh ibunya, ditemui di atas meja di sebuah taman, menurut pendengaran inkues pada Rabu. Polis menemui mayaT Amelia Brooke Harris di kediaman keluarganya di Trealaw di Rhondda, South Wales, United Kingdom. Ibu mangsa, Carly Ann Harris, 37, ditahan disyaki membunuh Amelia. Pegawai koroner, Robert Lewis berkata, polis memasuki belakang taman di kediaman keluarga itu pada 8 Jun untuk mencari mayat kanak-kanak berkenaan.. Menerusi pendengaran prosiding di Mahkamah Koroner Pontypridd, mayat Amelia kemudian dikenal pasti oleh nenek mangsa. Seorang pakar patologi forensik berkata, bedah siasat belum lagi membuat kesimpulan mengenai punca kematian Amelia dan pemeriksaan lanjut akan dilakukan. Ibu Amelia dijangka hadir ke Mahkamah Cardiff Crown pada 13 Ogos ini dengan tuduhan membunuh anak perempuanya. Suspek belum memohon rayuan dan sedang direman. - Mirror UK