suria

Bersatu semula selepas terpisah empat tahun

SEORANG warga emas berusia 99 tahun akhirnya bersatu semula dengan isterinya selepas terpisah selama empat tahun.

Emile Georges Jean-Petit-Matile menetap di Thailand bersama isterinya, Krajai, 70.

Namun Emile kembali ke negara kelahirannya Switzerland untuk mendapatkan rawatan.

Ketika itu, Emile kehilangan buku nota yang mengandungi alamat dan nombor telefon isterinya yang tinggal di Koh Phangan.

Masalah kesihatan menyebabkan Emile tidak dapat kembali semula ke Thailand.

Oleh kerana kedua-duanya tidak menggunakan Internet, jadi mereka terputus hubungan antara satu sama lain.

Krajai percaya suaminya itu sudah meninggal dunia akibat masalah kesihatan yang dialaminya.

Emile (duduk) akhirnya membuat keputusan untuk tinggal bersama isterinya di Thailand.

Jadi wanita itu kembali ke pangkuan keluarganya di kampung berhampiran.

Namun dalam usaha terakhir untuk bertemu semula dengan isterinya, Emile menghubungi polis pelancong di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok bulan ini.

Mereka menjejaki Krajai dan mengaturkan penerbangan Emile dari Switzerland.

Dia tiba di lapangan terbang itu kira-kira pukul 11 pagi Isnin lalu.

Pada Selasa, Emile berlepas ke Koh Samui sebelum menaiki sebuah bot ke pulau berhampiran untuk bertemu dengan isterinya.

Rakaman video menunjukkan adegan menyentuh hati pertemuan pasangan warga emas itu.

"Saya perlu beritahu anda walaupun anda sudah tua, rasa cinta terhadap anda masih lagi kuat.

"Ini adalah saat menggembirakan dalam hidup saya. Untuk melihat cinta sebenar saya sebelum saya menutup mata.

"Saya mahu meluangkan masa bersama dengannya," katanya.

warga emas, terpisah

Artikel Lain