suria

Nota dedah punca 11 sekeluarga bunuh diri

11 ahli keluarga ini ditemui mati membunuh diri di kediaman mereka.

NOTA tulisan tangan yang ditemui di sebuah rumah di mana 11 ahli keluarga ditemui mati pada Ahad merupakan arahan bagaimana untuk membunuh diri bagi tujuan penyucian dosa.

Polis mengesyakki kepercayaan spiritual menjadi pendorong kepada perbuatan tersebut.

Nota tersebut menyatakan keluarga itu perlu melakukan perbuatan berkenaan hanya pada hari Khamis atau Ahad, dan menggunakan cahaya malap.

Ia masih tidak jelas sama ada nota berkenaan ditulis oleh salah seorang ahli keluarga itu atau diberikan pihak luar.

Polis juga sedang menyiasat sebarang kemungkinan bahawa mungkin seorang guru agama bertanggungjawab mendorong perbuatan ekstrem keluarga itu.

Berikut merupakan kandungan nota itu.

1) Semua orang perlu ditutup mata. Tidak dibenarkan melihat apa-apa.

2) Menggunakan selendang kapas atau kain sari bersama tali.

3) Menggunakan lampu malap.

4) Nenek dibenarkan berbaring di bilik lain kerana dia tidak boleh berdiri.

5) Semua orang perlu lebih tegas dan berfikiran sama.

6) Lakukan perbuatan itu antara tengah malam sehingga pukul 1 pagi.

7) Satu nota bertulis pada 26 Januari menyebut 'perlu berjumpa Tuhan pada 30 Jun'.

Sementara itu, mayat 11 ahli keluarga itu ditemui tergantung pada siling di kediaman mereka di kawasan Sant Nagar, Burari.

Mayat wanita tua berusia 77 tahun ditemui terbaring di atas lantai dalam sebuah bilik.

Dua daripada mangsa merupakan remaja berusia 15 tahun.

Kesemua mereka ditemui apabila seorang pembekal susu melihat pintu rumah berkenaan terbuka sebelum masuk dan melihat mereka sudah menggantung diri. - India Today

bunuh diri

Artikel Lain