suria

Ibu 92 tahun bengang, tembak anak mahu hantarnya ke pusat jagaan

-foto Pejabat Sherrif Maricopa County

PESARA berusia 92 tahun menembak mati anaknya yang mendedahkan rancangan untuk menghantarnya ke rumah penjagaan.

Anna Mae Blessing tinggal dengan anak lelakinya yang berusia 72 tahun serta teman wanitanya.

Dia merenung nasib diri apabila anaknya menyuarakan hasrat untuk menghantarnya ke pusat penjagaan selama beberapa hari, menurut laporan polis.

Blessing, dari Fountain Hills, Arizona, bagaimanapun mendapat dua pucuk pistol sebelum menyembunyikannya di dalam pakaian.

Dia kemudian berdepan dengan anaknya di bilik tidurnya, sebelum menembaknya di leher dan rahang.

Blessing kemudian cuba menembak teman wanita anaknya yang berusia 57 tahun, sebelum kedua-dua pistol itu akhirnya berjaya dirampas dari tangannya.

Teman wanita anaknya itu melarikan diri dari rumah tersebut dan memaklumkan kepada polis mengenai kejadian mengejutkan itu yang berlaku pada 2 Julai.

Pejabat Sherrif Maricopa County mendapati Blessing sedang duduk di kerusi rehat di bilik tidurnya ketika mereka tiba di rumah.

Rakaman yang dimuat naik oleh Kidy10 menunjukkan pesara itu muncul di mahkamah untuk kali pertama.

Dia dilihat memakai baju oren sambil duduk di kerusi roda.

Blessing hanya bercakap untuk mengesahkan namanya dan tarikh lahir, sebelum mengangguk tanda faham dan kerusi rodanya ditolak untuk menandatangani dokumen undang-undang.

Pesara itu mendakwa anaknya memberitahu bahawa 'dirinya menyusahkan' dan mahu dia dihantar ke pusat jagaan.

Dia kemudian memberitahu polis bagaimana dia sepatutnya dibiarkan mati untuk tindakannya dan bagaimana dia juga merancang untuk membunuh dirinya sendiri.

Blessing dikenakan pertuduhan membunuh dengan ikat jamin AS$500,000. -MirrorUK

pusat jagaan, orang tua

Artikel Lain