suria

Mayat pelayan ditemui di atas kapal layar mewah

Rebecca Boyle.

SEORANG pelayan warga Britain ditemui mati di dalam sebuah kapal layar mewah bernilai 6 juta pound sterling selepas meraikan kemenangan England ke atas Colombia, awal pagi Rabu.

Mayat Rebecca Boyle ditemui kru kapal La Polonia yang berlabuh di pelabuhan Imperia, Itali, lapor The Sun.

Boyle yang berasal dari Notting Hill, London disahkan mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dari tangga akibat mabuk.

Kapal layar La Polonia.

Kawan Boyle berusia 32 tahun cuba mencari wanita itu apabila dia tidak muncul untuk sarapan pagi.

Polis sedang menyiasat punca kematiannya dan mengambil keterangan beberapa kru kapal terbabit.

Boyle baharu sahaja bekerja di atas kapal layar mewah itu pada minggu lalu selepas diupah syarikat anak kapal Monaco sebagai ketua pelayan, lapor The Sun.

Pada malam dia meninggal dunia, Boyle dilaporkan meraikan kejayaan England di sebuah bar bersama dengan rakan sejawatan dan kru kapal yang lain.

kapal layar, pelayan

Artikel Berikut

Artikel Lain