suria

Operasi di puncak gunung, Chinook mendarat dua tayar!

JURUTERBANG helikopter Chinook bertindak berani apabila melakukan pendaratan dengan hanya menggunakan dua tayar di Gunung Hood, Oregon, Amerika Syarikat (AS).

Pasukan kawalan kebangsaan AS melancarkan operasi itu bagi menyelamatkan seorang lelaki yang mendaki gunung berkenaan untuk membunuh diri, tetapi akhirnya mengubah fikiran.

Lelaki itu kemudiannya dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Gunung Hood dengan ketinggian 3,420 meter terletak kira-kira 80 kilometer dari Portland.

Operasi selama kira-kira 30 minit itu menyaksikan enam anggota penyelamat berjaya membawa pendaki berkenaan menaiki helikopter itu sebelum Chinook dapat terbang semula walaupun ia mendarat hanya menggunakan dua tayar.

Laporan media tempatan menyebut, pendaki itu memutuskan untuk membunuh diri di puncak tertinggi gunung berkenaan sebelum tiba-tiba mengubah fikiran apabila tiba di lokasi berkenaan.-IndiaToday







Chinook, Hood

Artikel Lain