suria

Pengiraan matematik rumit ditemui bersama mayat enam sekeluarga

-foto CEN

NOTA bunuh diri dengan formula matematik misteri ditemui bersama mayat enam sekeluarga yang mati akibat bunuh diri di India.

Mayat Naresh Maheshwari, 40, isterinya Priti, 38, bersama mayat bapanya, Mahavir Maheshwari, 70 dan ibunya, Kiran, 65 ditemui di kediaman mereka, lapor media tempatan.

Lebih mengejutkan, mayat anak kepada Naresh iaitu Anjali, 6 dan Aman, 8 turut ditemui di lokasi sama.

Pasangan itu dilaporkan membunuh anak mereka sebelum bertindak mencabut nyawa sendiri bersama ibu dan bapanya.

Nota tragis yang ditemui berhampiran mayat mangsa mengandungi masalah pengiraan matematik yang rumit dengan ayat 'kami tak boleh gantung Aman jadi kami bunuh dia'.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan siapakah individu yang menulis nota kematian tersebut.

Selain perusahaan keluarga yang terpaksa ditutup, jumlah hutang, pinjaman, serta rasa malu dipercayai menjadi punca utama perbuatan bunuh diri itu.

Kejadian berlaku di kawasan Munga Bagicha, Hazaribagh di Jharkhand, India.

Menurut pihak polis, mayat Aman ditemui dengan kesan torehan di leher manakala Anjali pula telah diracun.

Naresh pula dilaporkan terjun dari bumbung flat kediaman mereka sementara dua lagi ditemui mati tergantung di kipas siling.

"Kami sedang menyiasat kes ini dari sudut bunuh diri dan juga jenayah. Pasukan forensik sedang mengutip sampel untuk mencari punca sebenar kematian," ujar seorang jurucakap polis. -Mirror

Bunuh diri, India, formula matematik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain