suria

Lelaki ini pandu kereta tayar pancit, tanpa stereng, tanpa kerusi dan akhirnya...

JIKA anda fikir tanpa stereng kereta tidak dapat dipandu, ia sama sekali tidak betul.

Seorang lelaki di Norfolk, England, ditahan polis kerana memandu sebuah kereta yang kemek sambil duduk di atas tong logam dan menggunakan palayar menggantikan stereng.

Pegawai polis yang meronda di jalan sekitar King's Lynn, Norfolk, mula curiga terhadap kereta ini kerana keadaannya.

Ia tidak mempunyai sayap, bumper atau lampu di bahagian depan dan tayarnya pancit.

Dari segi luaran ia hampir menyerupai kereta buruk dan layak dihantar untuk pelupusan.

Pemandu di belakangnya jelas tidak tahu bahawa kereta yang sangat menyedihkan ini sebenarnya dipandu oleh lelaki yang duduk di atas tong logam dan mengawal kereta menggunakan playar.

Kereta ini juga tidak ada meter penunjuk, tetapi yang pasti ia dapat berjalan seperti kereta yang lain.

Pihak polis sendiri agak terkejut melihat kereta tersebut dan walaupun posting di media sosial tidak menyebut apakah hukuman atau dakwaan terhadap pemandu, mereka menyatakan bahawa 'terlalu banyak kesalahan untuk dinyatakan'.

Polis Norfolk memuat naik gambar-gambar kereta ini di Twitter dan ia tular.

Seorang pengguna menulis: "Kereta ini memberikan makna baharu kepada kerusi tong."

Seorang lagi pengguna menggap ini adalah 'kecerdikan yang luar biasa'.

Jon Parker, seorang pegawai dari Polis Norfolk menyifatkan kereta ini sebagai 'kereta yang paling sukar dipercayai yang pernah saya lihat'.

kereta perang, stereng

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain