suria

Pukul, tolak isteri jatuh tangga, lelaki mabuk diikat pada tiang

SEORANG suami yang mabuk diikat pada tiang oleh jiran-jirannya yang berang selepas dia didakwa memukul isterinya dan menolaknya jatuh di tangga.

Lelaki berusia 45 tahun itu didakwa membiarkan isterinya dalam keadaan luka dan lebam selepas memukul mangsa di rumah mereka di Bahia, Brazil pada malam Ahad lalu.

Insiden itu diketahui jiran-jiran mereka sebelum menahan lelaki itu dan mengikatnya pada tiang menggunakan tali.

Polis kemudian dipanggil ke tempat kejadian, dan mangsa yang dalam keadaan trauma, mangsa diberikan rawatan.

Menurut laporan globo.com, lelaki tersebut berkhayal ketika kejadian.

Polis berkata, mangsa mengalami luka dan lebam, serta dalam keadaan berdarah sebaik mereka tiba di kediaman wanita itu di bandar Jacobina.

Mangsa dibawa ke hospital berdekatan sebelum dibenarkan keluar pada pagi Isnin.

Suami mangsa ditahan dan akan didakwa di mahkamah. - Mirror Online UK

Artikel Lain