SEORANG lelaki warga Thailand yang mabuk dilaporkan terjaga di katil hospital hanya untuk menyedari bahawa dia telah kehilangan alat sulitnya. Suwit berkata, dia keluar minum di sebuah bar karaoke bersama beberapa rakan sekerja dan tidak menuju ke tempat lain selepas itu. "Alat sulitnya langsung tidak dijumpai," lapor Samui Times. Mekanik tersebut memberitahu polis bahawa dia baru berpindah dari kampungnya di Trang ke Ratchaburi yang terletak beberapa jam di barat Bangkok, untuk bekerja di sebuah garaj. Selepas habis waktu kerja pada Sabtu malam, dia berhibur di pusat karaoke itu bersama rakan lain untuk mabuk. Suwit juga tidak tahu di mana alat sulitnya berada dan berkata, dia tidak pernah bergaduh dengan sesiapa sejak berpindah ke Ratchaburi. Selain kehilangan alat sulit, Suwit turut mengalami lebam-lebam di wajah dan darah mengalir keluar daripada telinganya. Polis Ban Pong, Lt. Teerawat Thongyad berkata, saksi ternampak sebuah tark pikap berwarna hitam meninggalkan Suwit di hospital dan beredar dengan segera. Tambah Teerawat, rakan Suwit akan dipanggil untuk disoal siasat dan rakaman kamera litar tertutup sedang disemak bagi mengenal pasti pemandu trak terbabit.