suria

ISIS dakwa 'godam' FB, ancam penggal kepala Zuckerberg

Mark Zuckerberg. Foto Bloomberg

PENYERANG siber ISIS mendakwa telah 'menggodam' Facebook dengan poster mengancam untuk memenggal kepala pengasasnya, Mark Zuckerberg.

Kumpulan pro militan ISIS itu menyebarkan gambar palsu yang menunjukkan Zuckerberg dipenggal kepala, dengan keterangan "pergi jahanam Mark".

Menerusi poster propaganda itu, perkataan "godam" turut dicap dengan tanda Facebook.

Firma keselamatan siber Sixgill memberitahu Daily Star bahawa ancaman itu merupakan sebahagian daripada gelombang operasi dalam talian oleh United Cyber Caliphate (UCC).

Difahamkan UCC sebagai gabungan kumpulan pro ISIS yang melakukan tugas bersama.

Pada 9 Julai, UCC mendakwa penggodam ISIS telah mengakses sebanyak 213 laman web.

Mirror Online menghubungi Facebook untuk mendapatkan komen. - Mirror Online UK

Mark Zuckerberg, ISIS, Facebook

Artikel Lain