TOKYO: Wanita berusia 117 tahun yang dinobat sebagai manusia tertua dunia telah meninggal dunia. Chiyo Miyako menghembuskan nafas terakhirnya pada Ahad di kediamannya di Kanagawa, selatan bandaraya ini. Miyako yang lahir pada 2 Mei 1901 menjadi manusia tertua pada April selepas Nabi Tajima dari Pulau Kikai di selatan Jepun meninggal dunia juga pada usia 117 tahun. Ahli keluarga Miyako memanggilnya 'dewi' dan sentiasa mengenangnya sebagai seorang yang peramah dan penyabar. Perkara itu turut dicatat dalam Rekod Dunia Guinness yang mengiktiraf gelaran yang disandangnya itu. Miyako gemar menulis kaligrafi, selain menjamah sushi serta belut. Setakat ini, penyandang gelaran yang dikosongkan Miyako belum dapat diputuskan lagi. Besar kemungkinan ia menjadi milik seorang lagi warga Jepun dari Fukuoka, Kane Tanaka yang berusia 115 tahun. Selain itu, lelaki paling tua dunia juga rakyat Jepun, Masazo Nonaka yang menetap di Hokkaido dan kini berusia 113 tahun.-AP