SEORANG doktor yang dianggap paling 'biadap' di Britian kekal dengan tugasnya biarpun banyak aduan disiplin dibuat. Doktor lelaki yang tidak didedah namanya itu 'terkantoi' dengan kelakuannya apabila pihak majikan menemui rekod-rekod pesakit. Salah satu laporan yang ditulis oleh doktor itu terhadap seorang bakal ibu: "Mengandung ...mahu faedah selamanya," lapor The Sun. Dia juga menulis salah seorang pesakit mental sebagai bodoh dan bukannya mengalami tekanan. Dia juga hanya selamba apabila beberapa laporan dibuat terhadapnya. Majlis Perubatan Britain memutuskan tindakannya itu tidak membahayakan pesakit, namun merekodkan sesetengah kesnya sebagai 'tidak sesuai'. Dia dibenarkan terus bertugas dan dikenakan tindakan disiplin sebagai tidka profesional. Sebagai rekod, April tahun lalu, seorang lagi doktor, Khashayar Ghaharian yang sedang menjalani pembedahan di Nottingham telah mencarut kepada pesakitnya. Dia juga memanggil penyambut tetamu di Wollaton Vale Health Centre sebagai 'tompok gemuk'. Sebanyak 22 tuduhan dibuktikan terhadap Ghaharian termasuk mengugut staf, menggunakan bahasa kasar dan mengarahkan kakitangannya membuat laporan palsu. Dia telah dipecat daripada tugasnya.