suria

Remaja ditikam hingga mati selepas bantu gelandangan

Abraham (baju hitam) ditikam hingga mati oleh lima remaja lain.

SEORANG remaja lelaki berusi 15 tahun ditikam hingga mati selepas membantu ibunya memberi makanan kepada gelandangan.

Jacob Abraham, 15, diseksa oleh lima remaja lain dengan menikam hingga mati pada 7 Disembar tahun lalu.

Sebelum itu Abraham membantu ibunya membuat sandwic untuk diberikan kepada gelandangan.

Dia ditemui mati dengan pelbagai kesan tikaman oleh abangnya Isaac yang pergi mencarinya selepas tidak kembali ke rumah.

Abraham ditikam lapan kali di kaki dan satu ditangan.

Lima penyerang, tiga daripadanya hanya berusia 14 tahun dikenalpasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Kelima-lima penyerang itu dari Enfield menafikan membunuh namun selepas lima minggu perbicaraan, pihak juri menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah.

Mereka dikenali sebagai Kai Fisher-Dixon, Shuayb Mahomud, Tremayne Gray, Omarion Stephens dan Abdulqaliq Mohamed.

Tikam remaja

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain