suria

40 lembu dijumpai mati secara misteri

Gambar hiasan. - iStock

SEKURANG-KURANGNYA 40 lembu mati di sebuah kampung di barat Delhi, India pada Khamis dan dilaporkan punca kematian adalah disebabkan oleh penyakit misteri.

Kematian itu dilaporkan berlaku di ladang lembu di Ghummanhera, kata polis tempatan pada Ahad.

Siasatan segera dijalankan ke atas kes kematian mengejut lembu tersebut dan orang kampung mula khuatir dengan penyebaran wabak yang belum diketahui itu.

Seorang polis Delhi berkata, doktor veterinar juga melakukan bedah siasat ke atas lembu berkenaan.

Sebaik laporan doktor berjaya diperolehi, tindakan undang-undang akan diambil.

Kandang lembu itu seluas 20 ekar dan dibina sejak 1995.

Seorang penduduk kampung berkata, seramai 20 pekerja ditugaskan mengembala kira-kira 1,400 lembu yang rata-ratanya dibiarkan atau ditempatkan di kawasan berbumbung. - Xinhua Net

lembu mati

Artikel Lain