SEORANG budak perempuan berusia 4 tahun meninggal dunia selepas dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh bapanya sendiri. Dalam kejadian di bandar Sidoarjo, Jawa Timur, pagi Rabu, bapa kanak-kanak malang yang dikenal pasti sebagai KF, menurunkan anak perempuannya, MS, di sekolahnya. Lelaki itu dilaporkan tidak berjalan membawa masuk anaknya ke dalam sekolah dan tidak sedar bahawa anaknya sedang berjalan di depan kereta sebelum dia tidak sengaja melanggarnya. Kanak-kanak itu yang berada di tayar kanan kereta di bahagian depan meninggal dunia selepas dibawa ke sebuah hospital berdekatan. Insiden ini membuat keluarganya terkejut dan belum membuat laporan polis. Bagaimanapun polis sudah meminta keterangan daripada sejumlah saksi. Pihak polis percaya lelaki itu sedang sibuk dengan telefonnya semasa memandu, yang menjadi punca kepada kejadian itu. Oleh itu, KF mungkin akan dituduh kerana kecuaian untuk kematian anaknya sendiri. "Itu jelas kecuaian, dia boleh didakwa dengan Perkara 359," kata jurucakap Polis Jawa Timur Frans Barung Mangera memetik Okezone. Frans merujuk kepada Artikel 359 KUHP (Kanun Keseksaan), yang menyatakan bahawa jika sabit kesalahan pesalah boleh dihukum sehingga lima tahun penjara.