PERBUATAN curang seorang suami berusia 26 tahun akhirnya dihidu isterinya apabila dia ditangkap sedang berasmara dengan wanita berusia 72 tahun di sebuah hotel. Isteri lelaki tersebut, 24 tahun dari Birmingham mengupah detektif persendirian selepas mengesyaki suaminya itu jarang pulang ke rumah. Ejen dari Kumpulan Penyiasat Carter Harris mengesan pasangan kekasih itu dan menunjukkan video bukti kepada klien mereka. Wanita yang enggan identitinya didedahkan berkata:”Saya tidak percaya. Saya sendiri berasa malu. Saya tidak dapat terima apa yang saya dengar dan lihat. “Apabila saya melihat video tersebut, sukar untuk saya percaya bahawa wanita itu jauh lebih berusia,” katanya. Difahamkan kekasih suaminya itu sudah mempunyai empat cucu. “Suami saya tiba-tiba menjauhkan diri. Dia jarang ada di rumah. “Kami juga jarang bercakap dan dia sering cakap perlu kerja lebih masa,” katanya. Bagaimanapun, wanita itu masih belum memfailkan cerai terhadap suaminya. “Ia masa yang sukar ketika ini tetapi ia boleh jadi hebat apabila menyingkirkan ‘toksik’ dalam hidup anda,” katanya.