LAPAN lelaki didakwa merogol seekor kambing yang sedang hamil sehingga haiwan itu meninggal dunia. Menurut laporan, kejadian dikatakan berlaku di Haryana, daerah Mewat, India. Misi pencarian kambing yang hilang berakhir dengan penemuan bangkai haiwan itu sebelum pemiliknya membuat laporan polis pada 26 Julai lalu. Pegawai polis, Nagina Rajbir Singh mengesahkan kejadian dan sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai laporan itu. Pemilik kambing membuat laporan polis dan mendakwa haiwan peliharaannya dirogol secara berkumpulan oleh lapan lelaki. Namun, semua tertuduh sudah melarikan diri dan pemeriksaan ke atas bangkai kambing akan dilakukan bagi melengkapkan siasatan. Menerusi laporan yang dibuat, lelaki itu mendakwa kambing peliharaannya dirogol secara berkumpulan pada malam 25 Julai lalu. Dalam laporan itu juga, dia menamakan tiga lelaki iaitu Savakar, Haroon dan Jaffar serta lima lagi individu yang belum dikenal pasti sebagai perogol kambing peliharaannya. - India Today