suria

Kembar kahwin kembar

Dari kiri: Krissie Bevier dan Zack Lewan serta Nicholas Lewan dan Kassie Bevier.

MAJLIS perkahwinan dua beradik kembar perempuan berusia 24 tahun di Grass Lake, Michigan bakal menjadi tumpuan apabila mereka akan menamatkan zaman bujang dengan dua beradik kembar.

Krissie Bevier akan berkahwin dengan Zack Lewan pada Jumaat manakala adiknya, Kassie pula akan melangsungkan perkahwinan dengan adik Zack, Nick pada Sabtu.

Pasangan tersebut yang bertunang semasa lawatan ke Muzium Henry Fort di Detroit tahun lalu akan mengadakan majlis meraikan hari bahagia mereka serentak.

Nick dan Kassie terlebih dahulu menjalinkan hubungan cinta ketika menghadiri kelas psikologi bersama di Universiti Grand Valley State pada 2014.

"Kami berada dalam kelas psikolgi dan anda tahu pakar psikologi suka topik anak kembar. Dia berkata, hey ada kembar di dalam kelas ini?

"Angkat tangan jika anda anak kembar," dan kami berdua angkat tangan. Dia pandang saya dan dari situ kami mula jatuh cinta," kata Kassie.

Kassie dan Nick menjemput kembar masing-masing hadir temu janji pertama mereka di sebuah gereja pada pagi Ahad.

Sejak dari itu, Krissie dan Zack mula menjalin hubungan cinta.

"Terdapat ikatan kembar yang istimewa dan mempunyai seseorang yang memahami anda itu amat berharga," kata Zack.

kembar, kahwin

Artikel Lain