suria

Lelaki rakam aksi bunuh diri di FB Live selepas kena tinggal

Amit Chauhan. Foto CEN

SEORANG bapa bertindak membunuh diri menerusi rakaman penstriman video secara langsung, disaksikan ribuan penonton.

Insiden pada Isnin lalu itu berlaku susulan mangsa ditinggalkan isteri dan mengambil anak mereka bersama.

Dia merakamkan detik-detik kematiannya sendiri dalam satu kejadian di bandar Pataudi, di Haryana, utara India. 

Menurut kenyataan polis, Amit Chaulan yang baru berusia 27 tahun itu memulakan penstriman video secara langsung di laman sosial Facebook selepas isterinya meninggalkannya, dan membawa dua anak mereka.

Dalam rakaman pertama, Amit memberitahu para penonton bahawa dia akan membunuh dirinya di hadapan kamera dan meminta mereka berkongsi rakaman tersebut.

Bagaimanapun, rakaman pertama tersebut terputus secara tiba-tiba.

Menerusi rakaman kedua, dia dilihat membunuh dirinya sendiri.

Bapa Amit mendapat tahu mengenai insiden itu pada lewat malam dan mengebumikan mayatnya pada keesokan pagi tanpa memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Jurucakap polis, Subhash Boken berkata, polis mendengar mengenai insiden selepas menerima panggilan tidka dikenali pada kira-kira pukul 10 malam.

"(Isteri) keluar dari rumah mentua pada Isnin selepas berlaku pertengkaran bersama suaminya, dan menghubungi ibu bapanya.

"Amir Chaulan menggantung dirinya dan memuat naik video insiden bunuh diri itu di Facebook," katanya.

Timbalan pesuruhjaya, Sumit Kuhar berkata: "Keluarganya memberitahu dia sebenarnya mengalami gangguan mental dan sedang menjalani rawatan sejak enam bulan lalu."

Pihak berkuasa kini melakukan siasatan berikutan terdapat laporan polis berhubung kematian Amit. - Mail Online UK

bunuh diri, Amit Chauhan

Artikel Lain