KITA semua tahu bahawa solekan boleh membawa perbezaan yang besar kepada wajah seseorang. Sesetengah orang hanya mengenakan secalit solekan setiap hari, sementara yang lain lebih gemar membiarkan wajah mereka kekal seperti semula jadi. Terdapat pula sekumpulan lagi golongan yang amat profesional dalam ilmu solekan yang mampu menukar berus lukisan menjadi berus magis. Seorang wanita tular selepas berjaya mengubah penampilannya secara keseluruhan selepas video tersebut dikongsikan ke laman Facebook 9Gag. Wajah Huahua sebelum dan selepas mengenakan solekan. Qi Huahua dari China hampir tidak dikenali pada penghujung video tersebut selepas menggunakan solekan dan hidung palsu. Video yang disertakan dengan kapsyen, "bagaimana untuk melarikan diri daripada pembunuhan" menunjukkan Huahua mencerahkan kulitnya dengan krim berwarna putih, sebelum mengenakan krim asas pada bahagian keningnya. Selepas berjaya mengubah penampilannya, Huahua merakam wajahnya membuang semua dandanan itu untuk membuktikan ia benar-benar adalah dirinya. - Mirror UK