suria

Dari garaj dan loteng, Meghan kini hidup bahagia di istana

Kediaman serba sederhana yang didiami Meghan sewaktu zaman kecilnya. Foto thisischriswhite.com

TINGGAL bersama ibu di sebuah apartmen dua bilik tidur di Los Angeles, siapa sangka tiga dekad selepas itu Meghan Markle bakal menjadi penghuni di istana diraja House of Windsor.

Begitulah gambaran zaman kanak-kanak Duchess of Sussex, isteri kepada pewaris takhta Britain, Putera Harry.

Kediaman serba sederhana itu terletak di Providencia Street, Woodlands Hills, yang turut didiami oleh adik-beradik angkatnya, Thomas Jr dan Samantha.

Adik beradik angkat Meghan, Thomas Jr dan Samantha turut tinggal di kediaman ini.

Penulis buku biografi Meghan: A Hollywood Princess, Andrew Morton berkata, banyak masalah keluarga Meghan tersimpan di sebalik kediaman itu.

Thomas Jr misalnya dikatakan sering menghisap ganja sepanjang hari. Ia turut dikongsi ibunya bersama jiran tetangga. Samantha pula gemar keluar berhibur di kelab malam.

Meghan hanya sempat tinggal di situ sehingga usianya dua tahun berikutan penceraian ibu-bapanya.

Selepas itu, Meghan dan ibunya, Doria berpindah ke sebuah apartmen di S. Cloverdale Ave, Mid-Wilshire, Los Angeles.

Kediaman yang disewa mereka itu pada asalnya merupakan garaj dan ruang loteng sahaja.

Kini, ia diubah suai menjadi kediaman dengan bayaran sewa AS$3,950 (RM16,133) sebulan.

Meghan berpindah ke kediaman ini sewaktu berusia dua tahun setelah ibu-bapanya bercerai.

Semasa Meghan menuntut di Sekolah Tinggi Immaculate Heart dari 1991 hingga 1999, dia tinggal bersama bapanya di Vista Del Mar Avenue.

Kediaman itu terletak di tingkat bawah dan hanya mempunyai dua bilik sahaja yang dipisahkan dengan sebuah bar di antara tingkapnya.

Namun, semua itu tinggal kenangan apabila Meghan sah menjadi isteri kepada Putera Harry menerusi perkahwinan gilang-gemilang di Istana Windsor, United Kingdom, 19 Mei lalu. - Mail Online UK

Meghan Markle, Putera Harry

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia