suria

Maut jatuh tangga dua hari selepas mesej 'Hari Ibu'

Rose (kiri) dan bersama pasangannya, Martin serta dua anak mereka. Foto GoFundMe

SEORANG ibu yang memuat naik mesej Hari Ibu dengan penuh emosi bagi menggesa orang ramai menghargai hari istimewa itu, maut terjatuh tangga dua hari kemudian.

Rosaleen Haughney yang juga dikenali sebagai Rose, terjatuh tangg di kediamannya di Coventry, West Midlands di England.

Insiden yang berlaku pada 13 Mac itu didedahkan oleh keluarga mendiang.

Menerusi penghormatan yang dibuat di laman web mengumpul dana GoFundMe, mereka menyifatkan ibu berusia 44 tahun itu seorang yang rajin dan penyayang.

Halaman dana itu ditubuhkan bagi mengumpulkan dana buat dua anak Rose, Jack dan Rosie, masing-masing berusia 11 dan empat tahun.

Menerusi penghormatan pada halaman tersebut, sumbangan akan dilaburkan dalam ISA dan dibahagikan dua apabila anak-anak mendiang mencecah usia 18 tahun. - Mail Online UK


ibu

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia