suria

Lelaki menyamar penyanyi Despacito, rompak AS$2.3 juta di bilik hotel

Daddy Yankee. -fotoAFP/Getty

SEORANG lelaki yang menyamar sebagai penyanyi rap Daddy Yankee dilaporkan merompak barangan berharga bernilai AS$2.3 juta dari bilik hotel penyanyi itu di Sepanyol.

Akhbar Sepanyol Las Provincias melaporkan seorang lelaki yang menyamar sebagai penghibur terkenal dunia itu telah menelefon kakitangan hotel yang disewanya di Valencia untuk membuka 'bilik selamatnya'.

Daddy Yankee menyanyikan lagu popular Despacito bersama rakannya Luis Fonsi.

Artis ini sedang menjelajah Eropah.

Wakil Daddy Yankee, Nevarez PR mengesahkan rompakan itu dalam satu posting Twitter di Sepanyol.

Posting itu menyatakan firma undang-undang telah dilantik dan mereka tidak akan membuat kenyataan lanjut supaya tidak menghalang siasatan polis.

Polis Valencia juga dilaporkan mengesahkan mereka sedang menyiasat kecurian permata dan wang tunai dari sebuah hotel, tetapi tidak menamakan mangsa.

Daddy Yankee tinggal di Meliá Valencia di utara bandaraya, menurut Las Provincias.

Dia dan rombongannya dilaporkan menyedari tentang kecurian itu pada malam Selasa dan memanggil polis. Pegawai membawa pasukan forensik untuk memeriksa tempat kejadian.

Dilaporkan dua buah bilik telah dirompak, sebuah bilik mengandungi permata dan sebuah lagi dengan wang tunai bernilai beribu-ribu dolar.

Daddy Yankee bagaimanapun meneruskan jelajahnya dengan persembahan di Martigues, Perancis pada malam Khamis.

Despacito adalah video di YouTube yang mendapat paling banyak tontonan sepanjang masa, dengan lebih dari 5 bilion tontonan sehingga kini.

Despacito, rompak, Daddy Yankee

Artikel Lain