suria

Insta Famous 3.5 juta pengikut dikritik promosi produk besar payudara, ketat vagina

SUKA atau tidak, Awkarin atau nama sebenarnya Karin Novilda sudah pasti menjadi salah seorang bintang Instagram paling popular di Indonesia pada masa ini.

Dalam temu bual dua tahun lalu, dia mendakwa menerima RM8,160 dalam masa dua hari hasil pengedorsan produk di laman sosial dan sekarang, dengan pengikutnya mencecah 3.5 juta, pendapatan Instagramnya semestinya lebih tinggi.

Dengan pendapatan setinggi itu Awkarin sepatutnya mampu bersikap selektif untuk produk yang mahu disokong, tetapi dia sebaliknya bertindak mempromosi produk yang dianggap netizen sangat tidak bertanggungjawab.

-foto Instagram @awkarin

Dalam salah satu Instagram Storynya baru-baru ini, Awkarin menyiarkan produk 'pembesaran payudara dan ketat vagina' yang didatangkan dalam bentuk dua tiub kecil dan mempunyai cecair berserta dua jarum suntikan.

Jarum tersebut dilihat perlu digunakan oleh penggunanya untuk menyuntik cecair tersebut di bahagian badan berkenaan. Dia mendakwa, produk itu 'selamat 100%'.

Bagaimanapun posting tersebut sudah tiada di akaunnya, tetapi paparan skrin posting itu telah tular dan dikecam hebat.

"Selebgram ini (selebriti + Instagram) ini sudah melampau. Bagaimana dia boleh menyokong sesuatu seperti ini! Jangan jual dadah bersama jarum. Bantu saya lapor individu ini. Ini mungkin berbahaya," tulis seorang netizen.

Persatuan Pakar Pembedahan Plastik Indonesia (Perapi) turut memberi perhatian ke atas kontroversi ini, menyatakan bahawa produk itu bukan sahaja berbahaya tetapi juga haram.

"Penjualan alat perubatan di luar kemudahan perubatan adalah tidak sah. Terus terang, barang-barang yang dijual pun bukan barang yang sah," kata Timbalan Pengerusi Perapi Dr Irena Sakura Rini memetik Detik.

Irena menambah, tidak ada ubat yang boleh membesarkan payudara wanita atau mengetatkan vagina mereka secara mendadak.

Dia mengesyaki bahawa produk yang dimuat naik oleh Awkarin melibatkan suntikan cecair silikon ke dalam payudara atau faraj untuk kesan pengetatan sementara.

Produk yang sama telah ditunjukkan, yang mana ia memberikan kesan sampingan termasuk jangkitan dan kanser.

Irena memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan produk perubatan yang dijual secara dalam talian, kerana sebahagian besarnya tidak diuji atau diluluskan oleh Agensi Pemantauan Makanan dan Dadah (BPOM).

"Sekarang ini ubat kemoterapi dan ubat kanser pun dijual dalam talian.Orang ramai harus bijak sekarang, produk perubatan yang dijual secara online, terutama jika dijual dengan jarum, pasti tidak sah," katanya.

Awkarin belum mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini, tetapi menurut laporan media, dia telah memadam postingnya setelah menerima mesej langsung di Instagram yang mengkritik tindakannya.

besar payudara, besar vagina, suntik

Artikel Lain