suria

Demi anak bapa selamba pakai riben, dres ke sekolah

NETIZEN tergamam melihat posting mengagumkan di Facebook yang memaparkan seorang bapa sanggup melakukan apa saja demi dua anaknya yang masih kecil walaupun tindakannya itu amat luar biasa.

Lelaki berkenaan tanpa rasa malu telah memakai baju wanita bagi membolehkan anak-anaknya merasai pengalaman sambutan Hari Ibu di sekolah mereka.

Menjelang Hari Ibu peringkat negara Thailand pada Ahad, sekolah-sekolah di seluruh negara mengadakan upacara tahunan mereka pagi Jumaat untuk membolehkan para pelajar menghadiahkan bunga kepada ibu mereka sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan di atas pengorbanan seorang wanita bergelar ibu.

Bagaimanapun status duda Chatchai Parn-uthai tidak menghalangnya daripada menghadiri acara eksklusif untuk golongan ibu yang dianjurkan Sekolah Amal Wat Trai Rattanaram di wilayah Kanchanaburi, Thailand.

-foto Chatchai Parn-uthai

"Saya seorang duda dengan dua orang anak. Saya boleh buat apa saja," tulisnya di Facebook.

Postingnya menunjukkan Chatchai yang memakai riben di kepala dan dres warna merah jambu lembut sedang menerima bunga daripada dua anaknya, sekali gus menepis tanggapan bahawa seorang bapa tidak boleh melakukan banyak tugas dalam satu masa.

Dalam masa enam jam selepas itu, posting menyentuh hati itu menerima lebih dari 27,000 tanda suka dan 22,000 perkongsian di Facebook.

Terdapat juga ayat jenaka yang ditulis: "Ibu perlu mencukur janggutnya."

-foto Chatchai Parn-uthai

Sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa telah menjadi topik kontroversi di media sosial Thai dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan kebimbangan terhadap kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu atau bapa akan berasa terpinggir.

Tahun lepas, menjelang sambutan Hari Ibu gambar menyayat hati seorang pelajar perempuan sekolah menengah memberi bunga kepada kerusi kosong kerana ibunya tidak dapat hadir tular.

Walaupun butiran foto atau alasan ibu budak perempuan itu tidak hadir upacara tersebut masih menjadi misteri, gambar-gambar itu telah dikongsi secara meluas sebagai peringatan untuk orang lain yang masih mempunyai ibu untuk mengasihi dan menghargai mereka.

bapa tunggal, duda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

9 penumpang Bell 412 maut

Artikel Lain