suria

9 penumpang Bell 412 maut

TOKYO: Kesemua sembilan penumpang di dalam sebuah helikopter penyelamat yang terhempas di kawasan pergunungan di tengah Jepun semasa latihan penerbangan disahkan maut.

Polis dan tentera melancarkan operasi mencari dan menyelamat selepas helikopter itu terjunam ke dalam hutan di wilayah Gunma, barat laut Tokyo pada Jumaat.

"Kesemua sembilan penumpang disahkan meninggal dunia tengah hari Sabtu," kata seorang pegawai tempatan.

Mangsa yang terkorban adalah pegawai pengurusan bencana, ahli bomba, juruterbang dan mekanik penerbangan.

Helikopter Bell 412 meninggalkan pangkalannya pagi Jumaat untuk meninjau laluan pendakian dari udara.

Namun helikopter itu tidak kembali dan terputus hubungan dengan menara kawalan udara.

Pada Februari, dua juruterbang terbunuh dalam nahas helikopter tentera di selatan Jepun.

Helikopter terhempas tujuh minit selepas berlepas.

helikopter, terhempas

Artikel Lain