suria

Pemandu teksi dedah hanya 'berlakon' takut nampak hantu, alasannya...

SUSULAN posting tular di Twitter yang mana ramai penumpang mendedahkan pertemuan mereka dengan seorang pemandu teksi misteri yang mendawa diganggu 'hantu' ketika sedang memandu, pihak berkuasa bertindak memanggil pemandu teksi berkenaan untuk memberi penjelasan.

Pemandu berkenaan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia sebenarnya hanya berpura-pura menunjukkan rasa takut di hadapan penumpang dengan alasan diganggu hantu kerana tidak mahu penumpang korek hidung dalam kenderaannya.

Kisah ini bermula apabila @CheezeBaek pada Ahad membuat posting di Twitter tentang pemandu teksi yang digambarkan menyeramkan apabila mengadu 'saya sangat takut' dan 'saya nak menangis' ketika dia sedang menaiki kenderaannya di Bangkok, Thailand.

Selepas itu, 17 netizen lain menceritakan pengalaman serupa, mencetuskan tanda tanya tentang kesihatan mental lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penumpang seram, pemandu teksi ketakutan nampak hantu di sebelah mereka

Pemandu teksi berkenaan pada Khamis yang dikenali sebagai Owat, telah dipanggil ke Jabatan Pengangkutan Darat, untuk memberi penjelasan berhubung isu itu.

-foto newtv.co

"Saya ingin memohon maaf kepada semua berhubung perkara ini," kata pemandu teksi itu dalam satu temu bual yang disiarkan di stesen televisyen Thai HD3.

"Saya hanya berpura-pura takut hantu kerana... penumpang-penumpang itu tak beradab."

Dalam satu kenyataannya yang agak pelik, pemandu itu mendakwa sangat bosan dengan penumpang yang 'membuli dirinya' dengan mengorek hidung ketika dalam perjalanan menuju destinasi, jadi dia memutuskan untuk melakukan sesuatu.

"Selama 10 tahun saya pandu teksi, ramai yang masuk dalam kereta dan korek hidung, bukan seorang, ramai orang melakukannya. Kalau saya tak kata apa-apa, mereka akan terus mengorek hidung."

Berhubung permintaannya supaya penumpang meninggalkan bayaran di dalam mangkuk, pemandu itu menjelaskan bahawa dia tidak akan menyentuh duit yang dibayar oleh penumpang yang sebelum itu korek hidung.

"Saya biasanya terus mendepositkan wang kotor itu ke dalam bank untuk mengambil wang baharu," jelasnya kepada pemberita.

-foto newtv.co

Sementara itu, Pengarah Pengangkutan Darat Sukree Jarubhumi berkata jabatannya menerima tiga hingga empat aduan terhadap Owat dan memutuskan untuk pemandu teksi itu dihantar membuat penilaian psikologi.

Lesen memandu awamnya, yang akan tamat tempoh bulan depan telah digantung buat sementara waktu.

Untuk memperbaharui lesen, lelaki itu mesti lulus penilaian psikologi yang diberikan oleh doktor dan pemeriksaan sejarah jenayah.

Pemandu teksi itu menyifatkan mengorek hidung di khalayak ramai dianggap fenomena yang cukup kotor.

Owat bukanlah pemandu teksi pertama yang menjadi tajuk berita kerana tidak dapat bertoleransi dengan tabiat pengotor penumpang.

Tahun lepas, seorang pemandu lain mengusir seorang wanita Thai keluar dari keretanya kerana didakwa mempunyai nafas berbau. -coconuts

korek hidung, pemandu teksi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain