suria

Bekas Setiausaha Agung PBB Kofi Annan meninggal dunia

BEKAS Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan meninggal pada usia 80 tahun selepas mengadu sakit.

Berita sedih kematian Annan itu diumumkan oleh keluarganya dan Yayasan Kofi Annan menerusi laman Twitter.


Pemenang Nobel Keamanan 2001 itu meninggal dunia di Geneva, Switzerland awal pagi Sabtu disamping isteri, Nane dan tiga orang anaknya Ama, Kojo dan Nina.

Annan merupakan rakyat kulit hitam Afrika pertama yang dilantik sebagai Setiausaha Agung PBB di antara tahun 1997 dan 2006.- Dailymail

Kofi Annan

Artikel Lain