TIADA kata-kata yang dapat menggambarkan wajah kanak-kanak apabila mereka melihat haiwan comel seperti anak anjing, kucing atau apa sahaja. Seorang ibu berharap ia menjadi detik istimewa untuk anak-anaknya selepas dia mendapatkan mereka haiwan peliharaan baharu. Amanda Johnson sudah lama berhasrat untuk membeli seekor hamster, tetapi pada 14 Ogos barulah dia akhirnya menjejakkan kaki ke kedai haiwan peliharaan. Amanda. Dia mengambil hamster yang paling aktif dan gembira di kedai tersebut sebelum pulang untuk memberikan kejutan kepada keluarganya. Namun, tidak semua yang dirancangnya menjadi kenyataan. Dalam tempoh 35 minit memandu pulang, tiba-tiba Amanda berasa ada sesuatu bermain di kakinya. Tetapi wanita itu tidak mempedulikan perasaannya. Kemudian, ia berlaku lagi dan dia ternampak kelibat hamster duduk di belakang pedal 'clutch' keretanya. Haiwan comel itu berjaya melepaskan diri dari sangkar yang diletakkan di bonet kereta dan kini bergerak bebas di dalam kenderaan itu. Amanda teruskan memandu secara berhati-hati kerana tidak boleh berhenti di tepi jalan. Keadaan tali pinggang keledar kereta Amanda. Sebaik tiba di rumah, dia segera mencari hamster itu namun tidak menjumpainya. Melalui satu posting di Facebook, Amanda menceritakan apa yang berlaku selepas itu. "Sampai rumah, keluar kereta dan ternampak kelibat haiwan berbulu jingga ketika ia berada di belakang pedal. "Satu petang saya periksa kereta selang 10 minit untuk mengumpannya keluar. Tiada apa-apa berlaku. "Bagaimanapun, pagi ini saya jadi orang pertama keluar dari rumah untuk melihat sebarang tanda dan ia telah makan tali pinggang keledar penumpang kereta saya. "Saya telah pergi ke empat bengkel dan mereka memberitahu bahawa terdapat kerosakan teruk pada bahagian 'foamy' kereta termasuk di bawah tempat duduk walaupun ia baru 24 jam! "Kami tak dapat mencarinya! Ia hanya berlaku kepada saya. Tanya saya tentang betapa saya mencintai kehidupan saya sekarang!!!!!" Beg udara turut rosak dikerjakan hamster tersebut. Susulan posting awal itu, Amanda berkongsi perkembangan tentang situasi melucukan itu beberapa hari kemudian. Selepas tiga hari membeli hamster, Amanda menghantar kereta tersebut kepada mekanik dan diberitahu bahawa kerosakan yang dilakukan oleh haiwan itu memerlukan beberapa jam kerja pembaikpulihan dan diagnostik. Selain tali pinggang keselamatan, kerosakan lain berlaku pada bahagian beg udara di pintu penumpang. Seorang rakan mencadangkan agar dia memvakum keretanya untuk menarik hamster itu keluar atau memasang perangkap tikus. Selepas empat hari, Amanda menambah: "Haiwan kecil 'tak guna' ini berjaya melawan lapan perangkap tikus. "Ia turut mengutil plastik di sekitar tali pinggang keledar." - Mirror UK