suria

Lelaki sorok mayat isteri, anak dalam tangki minyak ada hubungan dengan wanita lain, tuduh isteri cekik anak

Christopjer Watts. -fotoAP

LELAKI yang didakwa membunuh isteri dan dua anak perempuannya menuduh isterinya terlebih dahulu membunuh dua anaknya dengan cara mencekik mereka.

Sebagai tindakan balas dendam, dia membunuh isterinya, menurut satu pendedahan, Isnin.

Tetapi polis tidak percaya dengan kisahnya dan Christopher Watts kini menghadapi sembilan pertuduhan kritikal termasuk lima kes pembunuhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri mengandung, dua anak dibunuh, sorok mayat dalam tangki minyak elak bau busuk

Watt pada mulanya memberitahu polis bahawa dia telah memberitahu isterinya, Shanann, bahawa dia mahu bercerai sebelum turun ke tingkat bawah.

Dia mendakwa melihat melalui kamera pengawasan isterinya membunuh salah seorang daripada dua anak perempuan mereka yang mana dia telah berusaha untuk hamil.

"Dia memerhatikan Bella terbongkang di atas katilnya dan berwarna biru dan Shanann sedang mencekik Celeste," dedah satu afidavit yang didedahkan di Greeley, Colorado, Isnin.

"Chris berkata dia dalam keadaan marah pergi kepada isterinya dan akhirnya mencekik Shanann hingga mati.

"Chris berkata dia menyumbat ketiga-tiga mayat itu di kerusi belakang keretanya dan membawa mereka ke sebuah tapak tangki minyak," tambah afidavit itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyayat hati! Anak sempat puji 'my daddy is a hero' sebelum dibunuh bapa, mayat disorok dalam tangki minyak

Selepas siasatan selama dua hari, polis mendapati bahawa Watts 'mempunyai hubungan aktif dengan rakan sekerja' sesuatu yang pada awalnya dinafikan lelaki itu.

Dakwaannya bahawa Shanann yang membunuh dua anak perempuannya mungkin merupakan satu alasan, jadi peguam yang dilantik mahkamah untuk mempertahankannya, Megan Ring meminta sampel DNA diambil dari leher kanak-kanak itu.

Polis pada mulanya diberitahu bahawa Shanann telah hilang oleh rakannya Nickole Atkinson yang telah pergi ke Arizona bersamanya atas urusan perniagaan dan kembali pada awal pagi 13 Ogos.

Watts secara rasmi didakwa pada Isnin dengan sembilan pertuduhan termasuk menyalahi undang-undang menamatkan kehamilan.

Dia juga didakwa dengan tiga tuduhan pembunuhan darjah pertama, dua tuduhan pembunuhan darjah pertama kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang berada di bawah kepercayaannya dan tiga tuduhan menjejaskan mayat.

Peguam daerah Michael Rourke berkata dia belum memutuskan sama ada hendak menuntut hukuman mati dalam kes ini yang mengejutkan negara.

Watts, 33, dijangka hadir di mahkamah di Greeley, Colorado, pada pagi Selasa.

Tuduhan itu dibuat tepat seminggu selepas Watts melaporkan bahawa isteri dan anak-anaknya hilang.

Shanann, 34, dan dua anak perempuannya Bella, 4, dan Celeste, 3, hilang dari rumah mereka di Frederick, Colorado minggu lepas.

Watts juga menghubungi stesen televisyen tempatan untuk merayu supaya mereka pulang ke rumah walaupun dia tahu mereka sudah mati, kata polis.

Sejak itu, dia ditahan di Penjara County Weld di pinggir Greeley. Dia diasingkan dari tahanan lain untuk keselamatannya sendiri, menurut Fox News.

Mayat Shanann ditemui pada Rabu dua hari selepas dia hilang dari rumah keluarganya yang mempunyai lima katil, empat bilik mandi di Frederick, Colorado, 30 batu di utara Denver.

Kandungannya berusia 15 minggu ketika dibunuh dan dia dijangka akan mendapat bayi lelaki yang akan dipanggil Nico.

Dia ditemui di kubur cetek yang digali di tanah milik syarikat minyak Anadarko, di mana suaminya bekerja sebagai pengendali.

Mayat dua anak perempuannya Bella dan Celeste ditemui hari berikutnya terendam dalam tangki minyak mentah berhampiran tempat Shannan ditemui.

Bapa Shannan tampil dengan penuh emosi pada Isnin sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menangkap menantunya.

Frank Rzucek sebak ketika bercakap secara ringkas kepada pemberita pada sidang akhbar di mahkamah di Greeley, Colorado.

Anak lelaki Rzucek Frankie, 32, juga muncul di sidang akhbar tetapi tidak bercakap.

Sejak mayat itu ditemui, orang ramai telah meninggalkan beratus-ratus anak patung, bunga, lilin dan belon di halaman rumah bernilai AS$400,000 itu yang terletak di Saratoga Trail di Frederick yang dibeli pasangan itu pada tahun 2013. -DailyMailUK

tangki minyak, bunuh kejam

Artikel Lain