suria

Pendakap profesional dibayar RM157 sejam untuk ceriakan pelanggan

Gambar daripada Getty Images.

TIADA apa yang lebih baik melegakan daripada mendapat pelukan erat ketika anda melalui rasa sedih.

Kadang-kadang, hanya dengan satu pelukan sudah mencukupi untuk membuatkan seseorang melupakan apa yang dilalui mereka.

Sesetengah orang mempunyai kelebihan seperti memberikan dakapan menyenangkan dan jika anda salah seorang daripada mereka, anda mungkin berpeluang menjana pendapatan daripadanya.

Memetik laporan Mirror UK, sebuah syarikat korporat melancarkan acara pembinaan pasukan pertama di dunia dalam kalangan rakan sekerja dakapan.

Syarikat tersebut mencari pendakap profesional untuk mengendalikan sesi tersebut dan mereka akan dibayar sehingga £30 (RM157) sejam.

Bengkel Mendakap Seorang Rakan Sekerja yang dijalankan oleh Team Tactics direka untuk mempromosikan ikatan dan pelepas tekanan yang menggunakan kaedah menenangkan jiwa dari Maghribi dan India.

Dakapan dan sentuhan kulit ke kulit menggalakkan pelepasan hormon gembira iaitu serotonin dan oksitosin yang mempengaruhi kelakuan sosial dan emosi.

Pengarah urusan Tina Benson berkata: "Pembinaan pasukan adalah perniagaan kami dan kami sentiasa mencari kaedah baharu untuk membantu pekerja di United Kingdom berasa lebih erat antara rakan sekerja.

"Kami tahu ini adalah perkara baharu dan mungkin tidak sesuai untuk semua orang, tapi sains memang sudah wujud dan kami hanya mengujinya!"

Sesi tersebut yang dilaksanakan ke atas empat dan 20 orang sekumpulan bermula dengan sesi berbual untuk berbincang tentang sikap negatif rakan mereka.

Pendakap profesional yang mengendalikan sesi tersebut perlu mempunyai pengalaman dengan peranan yang seakan sama dan latar belakang psikologi atau kelayakan berkaitan.

pendakap profesional

Artikel Lain