suria

Anggota paramedik jadikan pesakit mental mangsa seks lepas respons panggilan 999

Gambar hiasan.

SEORANG anggota paramedik di United Kingdom (UK) menerima padah ditamatkan perkhidmatannya selepas didapati melakukan hubungan seks dengan seorang pesakit di rumahnya selepas memberi respons kepada panggilan kecemasan 999.

Trever Finnerty ditamatkan perkhidmatannya selepas pendengaran oleh Tribunal Perkhidmatan Kesihatan dan Penjagaan Profesional (HCPTS) berhubung tindakannya.

Bekas kakitangan Khidmat Ambulans West Midlands (WMAS) itu telah berkhidmat selama 30 tahun dengan khidmat kecemasan.

Menurut pendengaran itu, Finnerty telah diperas ugut dan ditipu sehingga membawa kepada hubungan seks bersama pesakit.

Bagaimanapun dikatakan bahawa dia kemudian menghantar mesej kepada pesakit, berkata: "Ini adalah khidmat ambulans yang mesra, bagaimana perkhidmatan anda".

Wanita itu kemudian menghubung polis.

Dalam pendengaran kes tersebut, panel memberitahu pesakit mempunyai isu kesihatan mental yang serius, dan pada malam insiden itu, Finnerty bertugas seorang membawa ambulans.

Dalam satu kenyataan kepada polis, Finnerty berkata, wanita berkenaan telah menjemput masuk ke bilik tidur sebaik tiba di rumahnya.

Menurut Finnerty, dia menolaknya tetapi wanita itu mengancam untuk memberitahu majikannya mengenai dia 'telah melakukannya', menyebabkan dia terpaksa akur dengan kemahuan itu.

Bagaimanapun, panel menolak dakwaan oleh Finnerty kerana dia tidak disokong oleh barisan pengurusnya ketika itu, dan menyifatkan ia sebagai satu pembohongan.

Seorang jurucakap WMAS berkata, berikutan dakwaan yang serius terhadap Finnerty, dia digantung tugas serta-merta berkuat kuasa 31 Januari 2017.

"Finnerty kemudian meletakkan jawatan itu pada 1 Februari 2017.

"Siasatan tatatertib diteruskan yang mana memberhentikan Finnerty, dan bukannya dia meletakkan jawatan.

"Ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab kami untuk melindungi orang awam," katanya. - Metro UK


Artikel Lain