suria

Umur 43 tahun tapi kekal cantik persis gadis 23 tahun

SEORANG pereka fesyen warga Taiwan, Lure Hsu tiba-tiba menjadi tumpuan netizen gara-gara raut wajahnya yang kelihatan muda meskipun sudah berusia 43 tahun.

Wanita itu dipuji kerana memiliki kulit wajah berseri persis gadis berusia 23 tahun.

Lure turut berkongsi tips kecantikannya dengan netizen.

Selain faktor genetik, Lure turut mendedahkan dia mengamalkan diet pemakanan yang ketat dan sering bersenam agar kekal sihat dan cergas.

Dalam satu temubual bersama sebuah majalah di Taiwan, Jumaat lalu, Lure berkata masalah kulit yang dialami kebanyakan wanita boleh diatasi dengan menggunakan krim pelembap lebih kerap.

Kecantikan asli yang dimiliki Lure menyebabkan dia kini memiliki seramai 714,000 pengikut di Instagram.

Untuk mengelak daripada terkena sunburn, Lure berkata dia akan menggunakan krim pelindung matahari sebelum keluar rumah.

Malah, Lure turut mengambil suplemen seperti Vitamin C dan kolagen.

Bintang sensasi Internet itu turut berkata dia akan memulakan harinya dengan minum secawan kopi tanpa gula.

Dia mendakwa amalan itu membantu menaikkan seri wajahnya.

Lure Hsu

Artikel Lain