suria

Anak-anak tidak cam ibu mereka, ingat 'Puteri Elsa' sebenar

SEORANG suri rumah yang mengambil upah menjadi seorang 'puteri' kini memperoleh 100 pound sejam selepas membantu majlis rakannya secara suka-suka tiga tahun lalu.

Rachelle Douglas, 32, menghabiskan kebanyakan masanya dengan memakai pelbagai jenis gaun.

Dia kini bekerja sebagai seorang 'puteri' sepenuh masa dan menghabiskan masa selama berjam lamanya untuk menonton beberapa filem Disney Princess bagi memastikan persembahannya disukai ramai.

Rachelle pertama kali memakai gaun untuk kelihatan persis seorang puteri tiga tahun lalu bagi membantu majlis anak rakannya.

Namun sejak dari itu dia mulai jatuh cinta dengan karakter tersebut.

Rachelle kemudian memulakan perniagaannya yang dikenali sebagai Make It Magical Entertainment, 18 bulan lalu.

Dia pernah menjadi Belle, Elsa dan Ariel dalam sesebuah majlis tetapi dengan nama berbeza seperti snow queen dan sea princess.

Malah ibu empat orang anak itu sering melawat kanak-kanak di sebuah hospital dengan berpakaian ala seorang puteri sebagai sebahagian daripada kerja amalnya.

"Saya perlu menonton filem Frozen berjuta kali. Kebanyakan kanak-kanak menganggap saya seperti puteri sebenar.

"Malah anak-anak saya percaya saya adalah Elsa yang sebenar. Mereka tidak cam saya semasa memakai kostum tersebut," katanya.

Rachelle mengenakan bayaran 50 pound sterling untuk membuat persembahan dalam sebuah majlis selama 30 minit.

"Perkara terbaik mengenai kerja ini adalah apabila anda membuat kanak-kanak tersenyum. Anda berjaya melengkapkan hari mereka," katanya.

puteri, suri rumah

Artikel Lain