suria

Polis tahan kakak, teman lelaki didakwa rogol adik autisme

DUA remaja ditahan selepas seorang remaja berusia 15 tahun didakwa membiarkan teman lelakinya, 19, merogol adiknya berusia 12 tahun yang menghidap autisme.

Remaja perempuan itu dan kekasihnya yang baharu dikenali tiga bulan lalu, Sanpich Kobbai, turut didakwa merompak cincin emas, wang tunai dan telefon bimbit milik nenek mangsa berusia 73 tahun sebelum melarikan diri.

Insiden berlaku di rumah mangsa yang terletak di daerah Sadao, Songkhla, Thailand.

Suspek menghubungi bapa mangsa yang bergegas menghantar anak perempuan istimewanya itu yang mengalami pendarahan darah teruk ke hospital.

Remaja perempuan itu tetap mempertahankan teman lelakinya itu tidak merogol adiknya.

Teman lelakinya turut menafikan melakukan perbuatan tersebut, sebaliknya mendakwa remaja perempuan itu meliwat dan mencederakan adiknya.

Pasangan remaja itu didakwa atas pertuduhan merogol kanak-kanak dibawah umur 13 tahun dan melakukan kecurian.

Kedua-duanya ditahan di lokap berasingan di balai polis Sadao pada pagi Khamis.

Tiada ahli keluarga melawat mereka atau memohon untuk ikat jamin.

Remaja perempuan itu dan adiknya dijaga nenek mereka selepas ibu bapa mereka berpisah tahun lalu.

Remaja perempuan itu dan teman lelakinya turut tinggal bersama dengan nenek dan adiknya selepas lelaki berkenaan berjanji untuk berkahwin dengannya.

Bapa remaja perempuan itu menggesa polis untuk mendakwa anaknya dan juga teman lelakinya.

rogol, autisme

Artikel Lain