suria

Lelaki mabuk selamba kencing atas tempat duduk penumpang wanita

SEORANG lelaki mabuk membuang air kecil di atas kerusi seorang penumpang wanita pesawat Air India yang dalam perjalanan ke New Delhi dari New York pada Khamis.

Susulan kejadian itu, Menteri Penerbangan Awam telah meminta laporan daripada syarikat penerbangan tersebut.

Anak penumpang wanita terbabit, Indrani Ghosh menulis di Twitter pada petang Jumaat dan menceritakan tentang insiden tersebut dengan berkata, ibunya mengalami trauma dan kejutan yang teruk.

Indrani turut menyeru (tag) Menteri Kesatuan Suresh Prabhu dan Sushma Swaraj dalam tweet tersebut, termasuk Air India.

"“@Suresh Prabhu, @Sushma Swaraj @Air India. 30 Ogos, AI102, JFK ke Delhi, tempat duduk 36D.

"Ibu saya yang terbang berseorangan terpaksa mengalami kejutan teruk dan trauma apabila seorang penumpang mabuk menggagau-gagau di tempat duduk ibu selepas hidangan makan malam disajikan.

"Dia menanggalkan seluar dan kencing di atas tempat duduk ibu saya! Tolong ambil perhatian dengan segera," tulisnya.

Indrani turut mendakwa Air India hanya menukar tempat duduk ibunya tanpa mengambil tindakan susulan.

Wanita itu turut berkata, ibunya ternampak penumpang mabuk tersebut beredar begitu sahaja ketika sedang menunggu di atas kerusi roda di Lapangan Terbang Delhi untuk menaiki penerbangan seterusnya.

Selepas itu, Menteri Penerbangan Muda, Jayant Sinha mengarahkan Air India untuk melakukan susulan berkaitan kes tersebut dengan segera dan melaporkannya kepada kementerian itu serta pengatur penerbangan Pengarah Penerbangan Awam Negara. - The Statesman/Asia News Network

Air India

Artikel Lain