suria

Lelaki tampal poster, cari gadis ditemui dalam kereta api

Poddar berusaha keras mencari wanita yang berjaya memikat hatinya.

OLKATA: Umpama kisah cinta pandang pertama yang selalu kita saksikan di kaca televisyen, begitulah yang terjadi kepada seorang pemuda di India yang mengaku telah jatuh cinta kepada seorang gadis yang ditemui ketika menaiki kereta api.

Biswajit Poddar, 29, bertentang mata dengan 'wanita idamannya' ketika dalam perjalanan dari Tarapith menaiki kereta api.

Menurut pemuda tersebut, dia mula jatuh hati apabila wanita berkenaan yang ketika itu bersama kedua ibu bapanya dalam salah satu gerabak kereta api, melemparkan senyuman kepadanya.

Bermula dari detik itu, pemuda dari Kolkata tersebut tekad mencari 'pujaan hatinya' itu.

Dia menampal 4,000 poster di sepanjang jalan antara Konnagar dan Bali, dengan harapan dapat bertemu semula dengan wanita itu.

Malah Poddar turut menaiki kereta api yang sama berulang kali dan memakai baju yang sama ketika 'pertemuan' pertamanya dengan wanita terbabit.

Enggan berputus-asa, pemuda yang bekerja sebagai kerani kerajaan itu turut memuat naik video bertajuk ‘Konnagar Kone’ (Pengantin Perempuan Konnagar) di saluran YouTube.

Namun usahanya untuk menjejak wanita itu masih belum berhasil.

"Saya sedar tindakan saya agak 'gila' namun saya yakin ia adalah cinta pandang pertama dan saya tidak mampu melupakannya," kata Poddar.

kereta api, cinta

Artikel Lain