suria

Wanita 19 tahun sarung cincin sendiri, 'kahwin' dengan mayat teman lelaki sebelum dikebumi

-Gambar hiasan

SEORANG wanita muda 'berkahwin' dengan mayat teman lelakinya sebelum majlis pengebumiannya pada hujung minggu lalu, satu suasana yang digambarkan pelik dan menyentuh emosi.

Wanita berusia 19 tahun itu yang dikenal pasti oleh The Philippine Inquirer sebagai Zyrine, memakai dres putih pada upacara pengebumian teman lelakinya di Cauayan Memorial Gardens di Cauayan, Isabela, Filipina.

The Inquirer mengenal pasti teman lelakinya sebagai Jake Anthony Macadangdang.

Zyrine membacakan ikrarnya semasa upacara penuh emosi itu dan menyarungkan cincin perkahwinan ke dalam jarinya sendiri.

Tubuh Macadangdang sudah berlaku Rigor mortis atau kekakuan, justeru cincin perkahwinan hanya diletakkan di atas tangannya, menurut Bombo Radyo.

Kod Keluarga Filipina menetapkan bahawa perkahwinan tidak sah jika salah satu pihak gagal memberi kebenaran secara bebas. Nekrogam atau berkahwin dengan orang mati tidak disebutkan dalam undang-undang.

Macadangdang maut bulan lalu selepas seorang ahli perniagaan bernama Aaron Christian Reyes didakwa merempuh motosikal yang dinaiki Macadangdang dan kawan-kawannya.

Kumpulan Reyes dan Macadangdang didakwa bertengkar di bar tetapi Macadangdang dan rakan-rakan meninggalkan bar tersebut.

Reyes mengejar mereka dan melanggar motosikal mereka. Kemalangan itu juga menyebabkan lapan orang cedera, beberapa daripadanya remaja.

Macadangdang baru lulus dari kolej dan sedang memohon pekerjaan di luar negara.

Bapa pengantin perempuan, Antonio Delmendo berkata, anak perempuannya benar-benar mengasihi Macadangdang, sebab itulah dia membenarkan perkahwinan itu.

GMA News 'Balitambayan melaporkan bahawa Macadangdang dan Zyrine menjalinkan hubungan sejak mereka berada di sekolah menengah.

kawin mayat, kebumi

Artikel Lain