suria

Remaja lelaki penggal kepala guna gergaji rantai selepas kalah permainan komputer

Pavel disyaki bunuh diri gara-gara kalah permainan komputer.

SEORANG budak remaja lelaki memenggal kepalanya sendiri menggunakan gergaji rantai selepas kalah dalam permainan komputer.

Pavel Matveev, 15, berjalan ke taman rumahnya selepas kecewa dengan permainan tersebut dan kemudian bertindak membunuh diri.

Pihak polis menjalankan siasatan sekiranya terdapat unsur hasutan untuk remaja itu membunuh diri.

Mayat Pavel ditemukan di sebuah kampung di Mogochino, Rusia.

Media Rusia yang memetik sumber tempatan melaporkan, Pavel ketagih dengan permainan komputer yang dibeli oleh ibunya.

Bagaimanapun, jenis permainan tersebut masih belum diketahui.

Perkampungan Mogochino.

Namun, seorang sumber wanita berkata: "Dia meluangkan masa berjam-jam dengan komputer dan mood berubah selepas habis bermain."

Pejabat Jawatankuasa Penyelidikan Rusia tidak memberikan butiran lanjut mengenai kes terbabit kecuali mengesahkan bahawa kes jenayah tentang hasutan untuk membunuh diri telah dibuka.

Akhbar penyiasatan Novaya Gazeta mendakwa sebanyak 130 kes bunuh diri dalam kalangan kanak-kanak berlaku di Rusia antara November 2015 dan April 2016.

Rusia mempunyai beberapa kes melibatkan kumpulan kematian yang menghasut golongan kanak-kanak dan remaja untuk bunuh diri menerusi permainan dalam talian.

Namun, masih belum jelas sama ada kes Pavel berkaitan dengan kumpulan tersebut. - Mirror UK

permainan komputer

Artikel Lain