suria

Siasat jual pembantu rumah guna Carousell

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia Singapura (MOM) sedang menyiasat kes pembantu yang ‘dijual’ di platform runcit dalam talian Carousell.

Kementerian dalam satu kenyataan di laman sosial Facecook memberitahu, pihaknya menyedari kes di mana pekerja domestik dipasarkan secara dalam talian dan perkara itu seharusnya tidak berlaku.

Dalam satu senarai yang diiklankan @maid.recruitment di Carousell 15 Ogos lalu, beberapa wajah pembantu rumah didakwa dari Indonesia telah dimuat naik. Malah, ada sesetengah profil menunjukkan ia telah dijual.

Susulan kes itu, jurucakap Carousell berkata, penyenaraian sedemikian adalah tidak dibenarkan.

“Mana-mana paparan atau perkongsian biodata peribadi individu dilarang kerana melanggar garis panduan kami. Dalam hal ini, kami akan membantu pihak berkuasa dengan penyiasatan mereka,” katanya.

Sekiranya didapati bersalah, agensi pekerjaan boleh diberi mata demerit dan lesennya digantung atau dibatalkan. - Straits Times


Carousell, Singapura

Artikel Lain