suria

Lelaki menyamar OKU, upah pengasuh semata-mata untuk tukar lampin pakai buang

ARIZONA: Seorang lelaki dari Gilbert di sini menyamar sebagai penghidap sindrom down dan mengupah penjaga semata-mata untuk memandi dan menukar lampin pakai buangnya.

Lelaki berusia 31 tahun itu, Paul Anthony Menchaca ditahan pada 6 September lalu selepas tiga penjagannya yang diupah itu menyedari telah ditipu mengenai keadaan mental lelaki itu, demikian laporan KTNV.

Menchaca menyamar sebagai wanita bernama "Amy" dan memuat baik iklan menerusi CareLinx untuk mendapatkan penjaga bagi membantu anak lelaki sindrom down.

Mangsa pertama berkata, dia membantu Menchaca dengan menukar lampin pakai buang pada 30 masa berasingan.

Beliau kemudiannya bertanykan mengenai pelanggannya itu kepada dua lagi penjaga yang mengambil alih tugasnya pada Julai lalu.

Bagaimanapun, mangsa pertama mengesyaki sesuatu yang tidak kena dan terus mengekori Menchaca ke kediamannya yang sebenar selepas ditumpangkan penjaga lain.

Ketika itu, penjaga berkenaan menemui ibu bapa sebenar Menchaca dan seterusnya lelaki itu membuat pengakuan.

Sebelum itu, ketika mangsa bercakap dengan Amy, dia telah mengingatkan pelanggannya akan dihukum jika mengotorkan lampin pakai buang.

Ketiga-tiga penjaga juga sependapat bahawa Menchaca seolah-olah berahi ketika mereka membersihkan alat kelaminya.

Malahan, mangsa pertama berkata, Menchaca pernah memberitahunya kemaluannya masih tidak bersih pada lima keadaan berbeza.

Menchaca yang bertugas mengawal trafik sekolah didakwa kerana gangguan seksual.-Philippine daily Inquirer/Asia News Network

CareLinx, Menchaca

Artikel Lain