SEORANG wanita mendedahkan bahawa bapanya mahu dia menggugurkan kandungannya selepas berkahwin tanpa restu keluarga. Lebih malang wanita dari Telangana itu kehilangan tempat bergantung selepas suaminya dibunuh di depan mata ketika keluar dari sebuah hospital selepas melakukan pemeriksaan kandungan Jumaat lalu. Rakaman Kamera Litar Tertututp (CCTV) merakam wanita berusia 23 tahun itu sedang berjalan dengan suaminya, Pranay Kumar. Tiba-tiba muncul seroang lelaki memegang parang dan menetak leher suaminya dan meninggal dunia. Amruthavarshini memberitahu, ayahnya menyuruh dia menggugurkan kandung segera. "Ayah memberitahu, 'Kamu gugurkan kandungan sekarang. Tinggal dengan dia (Pranay) untuk 2-3 tahun, selepas itu saya akan terima perkahwinan kamu'. "Kami sentiasa menerima ugutan daripada keluarga saya. Walaupun mengesyaki sesuatu tetapi tidak pernah terfikir akan ada pertumpahan darah," katanya yang dimasukkan ke hospital kerana trauma. Ayahnya, Maruthi Rao serta bapa saudara Shravan ditahan polis dikaitkan dengan kejadian tersebut. Perkahwinan Pranay dan Amruthavarshini dihalang kerana berlainan kasta.