suria

Abe dipilih semula presiden parti LDP

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe memenangi jawatan presiden parti konservatif Parti Liberal Demokrasi (LDP), untuk kali ketiga berturut-turut, sekaligus mencerahkan peluangnya menjadi Perdana Menteri Jepun paling lama berkhidmat.

Pemilihan selama dua jam itu, menyaksikan Abe dicabar bekas Menteri Pertahanan, Shigeru Ishiba dengan memperoleh 553 daripada 810 undi, manakala Ishiba mendapat 254 undi, lapor Xinhua.

Tempohnya sebagai presiden LDP tamat pada September 2021 Abe, yang bakal mencecah usia 64 pada Jumaat, melepaskan jawatan sebagai presiden LDP dan perdana menteri pada 2007 atas alasan kesihatan.

Beliau kembali menjadi perdana menteri pada 2012 dan dipilih sekali lagi pada 2015 untuk tempoh dua tahun berturut-turut.

Kemenangan itu memberi peluang kepada Abe meneruskan impiannya mengkaji semula Perlembagaan Jepun untuk pertama kali sejak ia digubal.

Pada bulan lalu, Abe mengatakan partinya akan mengemukakan rang undang-undang untuk meminda perlembagaan dalam sidang parlimen luar biasa musim luruh ini. - BERNAMA

Shinzo Abe, LDP

Artikel Lain