suria

Kecoh lelaki buat lamaran selepas digari, teman wanita terduduk!

PENGGUNA Facebook Nanette Oba telah berkongsi video lamaran yang dibuat oleh teman lelakinya dalam keadaan bergari yang kemudiannya tular.

"Saya terkejut.Awak keterlaluan, sayang. Saya baru saja lahirkan bayi dan saya sangat gugup bila jadi macam ni," katanya dalam posting itu yang ditulis dalam bahasa Filipina.

Video itu menunjukkan 'pihak berkuasa' tiba-tiba datang ke rumah Oba yang tinggal dengan teman lelakinya, Julio Vinluan.

Ketika itu, terdapat kawan dan ahli keluarga lain di rumahnya.

"Kami terpaksa menahan kamu kerana disyaki menjual syabu," salah seorang daripada 'pegawai' memberitahu Vinluan.

Vinluan kemudian digari dan melutut.

Bingung dan takut dengan kekecohan yang berlaku, Oba bertanya tentang waran tangkap teman lelakinya itu kepada 'pihak berkuasa'.

Seorang pegawai kemudian menghulurkan sekeping kertas yang dilipat kepadanya.

Oba membuka dan dia terkejut apabila kertas itu ditulis 'Will you marry me?'.

Semua orang di dalam bilik itu menjerit bagai terkena histeria dengan kejutan itu, manakala Oba terduduk di atas kerusi.

Dia menangis selepas membaca apa yang ditulis di atas kertas itu. Vinluan kemudian melamarnya dengan sebentuk cincin dalam keadaan tangan bergari.

Posting asal kejutan ini ditonton lebih 80,000 kali, tetapi lebih banyak dilihat di laman Facebook Bpso Brgy Caloocan di mana ia mendapat lebih dari 1.3 tontonan dan 19,000 perkongsian.

Netizen berkongsi pandangan mereka mengenai video itu.

Jericho Isaga menulis dalam bahasa Filipina: "Waran yang hebat diberikan kepada anda. Selamat ".

"Pelan hebat," kata Richard Ballesteros Barrozo.

Marie Familar menulis kejutan lamaran telah naik ke satu tahap. "Tahniah kepada kamu berdua. Sesuatu yang baik."

Pengguna Facebook Anna Marie Jumalon menulis: "Ejaan 'merry' salah. Tetapi tak mengapa, sekurang-kurangnya mereka gembira."

lamar, kejutan, gari

Artikel Lain