SEPASANG suami isteri didakwa menyerang seorang pegawai polis di sebuah pasar raya Tesco di England selepas mereka tidak dibenarkan membeli lebih 20 botol air minuman. Kejadian berlaku di sebuah pasar raya Tesco di Rochdale, Greater Manchester. Nasir Hussain dan Mahira Hussain tidak dibenarkan membeli botor air minuman yang memenuhi troli yang dibawa mereka di premis berkenaan. Menurut Polis Greater Manchester, pasangan dari Oldham itu didakwa kerana menyerang pegawai polis, yang mengalami kecederaan di bahagian muka. Nasir ditahan polis kerana enggan keluar dari pasar raya. Foto DRN Bagaimanapun, Nasir mendakwa anggota polis berkenaan menggunakan kekerasan dan memberitahu untuk membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Bebas Aduan Polis (IPCC). Nasir yang bekerja sendiri berkata, dia terkejut dengan keadaan yang menimpa dirinya. "Air tersebut hanya untuk kegunaan di rumah. Saya minum dua liter air sehari. "Kami telah meletakkan separuh botol air minuman yang mahu dibeli ke kaunter pembayaran semasa pengurus pasar raya memberitahu tidak dibenarkan mengambilnya terlalu banyak. "Saya malu kerana begitu ramai orang sedang beratur ketika itu dan saya hanya menjelaskan bahawa Tesco lain menjual jumlah air minuman yang sama sebelum ini dan tidak pernah mengalami masalah. "Mereka ada banyak botor air di rak tetapi pengurus itu kemudian memanggil pegawai keselamatan," katanya. Polis menahan satu pasangan di sebuah pasar raya. Foto DRN Seorang pegawai polis menemui mereka untuk bertanyakan mengenai masalah yang berlaku. Menyedari kehadirannya dirakamkan, polis berkenaan mengarahkan pasangan itu menghentikannya. Mahira kemudian terus membuat rakaman beberapa lama kemudian semasa pegawai polis itu cuba untuk membawa pasangannya keluar dari premis. Dia bagaimanapun enggan keluar dari premis tersebut, sebaliknya mempersoalkan dirinya diiring keluar. "Saya tak buat apa-apa. Sejak bila anda (polis) dibenarkan untuk menumbuk seseorang kerana tidak berbuat apa-apa? "Dia menahan saya dan pasangan tanpa amaran dan menggunakan kekerasan. Saya rasa dia hilang kawalan. Saya cuba untuk membeli sesuatu daripada kedai, bukan mencuri tetapi saya ditahan," kata Nasir. Seorang jurucakap Tesco berkata: "Kami mendapat maklumat berhubung kejadian di cawangan Rochdale dan akan membantu siasatan," katanya. - Metro Online UK