suria

Wanita 'kaki gajah' dapat berjalan semula

SEORANG wanita yang terlantar sakit selama 18 tahun kerana menghidap penyakit kaki gajah akhirnya dapat berjalan semula selepas menjalani pembedahan.

Razia Begum, 41, tidak dapat bergerak selepas menghidap elephantiasis (untut) sebaik sahaja melahirkan anak keduanya.

Ibu dua anak itu yang tinggal di Osmanianagar dekat Sylhet, Bangladesh, suka hidup menyendiri kerana malu dengan keadaannya.

Namun dia akhirnya dimasukkan ke Kolej Perubatan Dhaka Disember tahun lalu selepas doktor terlihat gambar wanita itu yang dimuatnaik suaminya, Mohammad Manik Mia di media sosial.

Doktor kemudian mengeluarkan lebihan seberat hampir 60 kilogram di kaki kanannya dalam satu pembedahan selama tujuh jam.

"Saya amat gembira kerana boleh berjalan semula. Ia amat luar biasa.

Razia dapat berjalan semula.

"Saya tidak sedarkan diri selepas pembedahan itu dan kerap kali berfikir sama saya ada boleh berjalan semula atau tidak.

"Ia seperti mimpi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Derita kaki gajah 18 tahun.

Penyelaras Kebangsaan dan Presiden Persatuan Pembedahan Plastik di Kolej Perubatan Dhaka, Dr Samantha Lal Sen berkata dia amat terkejut dengan saiz kaki wanita itu.

"Ia bukan keadaan luar biasa tetapi kes Razia amat jarang berlaku.

"Sebaik sahaja dia dibawa ke hospital, satu pasukan pakar ditubuh dan semua ujian yang diperlukan telah dilakukan dalam tempoh dua bulan.

"Pembedahan itu sukar kerana saiz untut tersebut amat besar," kata Dr Samantha.

Penyakit elephantiasis menyerang kira-kira 120 juta penduduk di seluruh dunia dan boleh membawa maut jika pembengkakan itu merebak ke kawasan perut. - Metro.co.uk

untut, kaki gajah

Artikel Lain